MUTAWWIF/FAH
 ini adalah sebagai seorang Da'ie (pendakwah) ,pembimbing haji/ umroh dan leader. Sebagai seorang 
pendakwah,tugas MUTAWWIF/FAH ini amatlah berat. Karena mereka:
 1) Perlu membersih/membasuh hati2 bakal Jemaah sebelum ke Tanah Haram.
 Itu,sudah semestinya. Para2 Jemaah ini,org yang banyak dosa.Oleh 
itu,sebelum kita pandu Jemaah ini di Tanah Haram, maka wajiblah ke atas 
MUTAWWIF/FAH itu untuk menyucikan hati2 para Jemaah serta membantu mereka
 membetulkan niat untuk mengembara ke Tanah Haram.
 2) Mengajar dan memimpin bakal Jemaah cara melaksanakan Ibadah Haji/Umrah.
 Melalui peringkat ini,MUTAWWIF/FAH bertanggungjwb penuh untuk 
menjelaskn dan menerangkan bagaimana melakukan ibadah haji yang Mabrur.
 3) Berperanan dalam memberi khidmat nasihat kepada Para Jemaah di Tanah Haram.
 Seperti yang kita dpti,di Tanah Haram,pelbagai pantang larang perlu 
dipatuhi.Dan rasionalnya..para Jemaah yg sama jiwa mcm kita dr kwsn yg 
sama mcm kita, pasti akan melalui suasana baru di Tanah Haram.Dan di 
sini,peranan MUTAWWIF/FAH sebagai penasihat/penaik semangat/pendorong 
kpd para Jemaah utk tidak cepat melatah dan terus berusaha,menjaga hati 
agar peroleh haji Mabrur dan diredhai.Maklum saja,para Jemaah bukan yg 
semuanya seusia remaja atau muda belia untuk para MUTAWWIF/FAH arah itu 
ini.Oleh yg demikian,MUTAWWIF/FAH perlu sentiasa mengawal emosinya dlm 
mengawal emosi setiap Jemaah.
 Selain itu,tugas MUTAWWIF/FAH 
diteruskan lagi selama di Tanah Haram sehingga pulang.Mereka boleh 
dilabelkn sebagai Bapa/Ibu kpd para Jemaah kerana mereka:
 4) Berperanan sebagai Perawat Kecemasan di Tanah Haram.
 Sebagai MUTAWWIF/FAH mereka perlu peka terhadap tahap kesihatan para 
Jemaah.Ini kerana,keadaan cuaca yang berbeza di Tanah Haram blh 
menyebabkan anti body para Jemaah sedikit terganggu dan dikhuatiri 
mengganggu proses Ibadah mereka.
 5) Berperanan dalam menyediakan 
Makanan,Kenderaan,Penginapan,Kelengkapan, dan khidmat kaunseling kpd 
para Jemaah di Tanah Haram.
 Para Jemaah akan meletakkan harapan kpd 
MUTAWWIF untuk memimpin mereka ke tempat penginapan,menyediakan mereka 
juadah setiap hari serta akan menyediakn kenderaan utk mengangkut mrk ke
 tmpat tujuan mereka.Khidmat nasihat yang perlu diberiperhatian terutama
 dlm kesehatan para Jemaah muslimat dlm masalah 'wanita' mereka dan juga 
memberi teguran atas kekhilapan para Jemaah juga memberi semangat dan kobarkan kpd mereka untuk mereka senantiasa bersemangat dan berusaha 
meraih Haji yg Mabrur.
 6) Penunjuk arah dan Guru Sejarah.
 
MUTAWWIF/FAH bertanggungjawab untuk memimpin para Jemaah ke tempat yang 
hendak dituju.Malah,mereka perlu menjelaskan kpd para Jemaah akan 
sejarah Nabi dan sejarah para sahabat sezaman nabi di setiap tempat 
bersejarah agar,para Jemaah dapat menjiwai  dan mengambil hikmah.
 Tugas mereka hanya akan selesai apabila 
para Jemaah selamat pulang ke Tanah air mereka.Pasti sahabat2 semua dpt 
menggambarkan berapa hebatnya mereka ini kan?
 "bukan semua 
Ustaz/Ustazah mampu jadi MUTAWWIF/FAH, tetapi para MUTAWWIF/FAH pasti 
mampu menjadi Ustaz/Ustazah". Untuk menjadi seorang MUTAWWIF/FAH,kita 
perlu memastikan diri kita bersedia emosi,jasmani.Kerana pastinya 
menjadi MUTAWWIF/FAH adalah suatu tanggungjwb/amanah yang amat berat.